Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 30 August 2018

KTMB Komuter Akan Ke Arah Nirtunai

Korang yang menaiki pengangkutan awam KTMB Komuter, di sini ada sedikit penguguman dari pihak KTMB.


KTMB Komuter dikatakan akan menamatkan sokongan penggunaan token sebagai tiket tidak lama lagi. Penguguman ini di kongsikan di laman sosial mereka. KTMB Komuter dikatakan akan beralih kepada sistem kad Touch n`Go. Pengguna pengangkutan Awam ini juga boleh menggunakan MyKad untuk membayar tambang KTMB Komuter.


KTMB Komuter belum lagi memberi kata putus bila tarikh perlaksanaan penggunaan kad Touch n`Go/MyKad sebagai tiket tambang komuter.

Setiap perubahan pasti ada kebaikan dan keburukan penggunaan sistem kad Touch n`Go.
Sebelum perlaksanaan pastikan pelancong asing diberi tiket pakej atau tiket tertentu. Manakala warga asing diberi pilihan lain untuk tiket.

Bagi saya sendiri tiada masalah untuk menggunakan kad TnG ini. Cuma diharapkan mesin tambah nilai diperbanyak di tempat yang memerlukan serta beroperasi 24 jam 7 hari seminggu.

Sudahkah pengguna perkhidmatan awam ini bersedia untuk perubahan? FIKIRkan.


No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages