Breaking

Monday, 2 July 2018

Pengguna Kecewa Dengan Aplikasi Touch 'n Go

Touch 'n Go telah memperkenalkan Aplikasi milik mereka beberapa hari yang lalu. Aplikasi Touch 'n Go di perkenalkan bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai hanya menggunakan telefon pintar. Dengan aplikasi ini pihak Touch 'n Go berharap dapat memudahkan pengguna untuk menambah nilai dan memeriksa kreadit.



Tetapi sebaliknya berlaku, Di mana Aplikasi yang boleh didapati di Google Play Store dan Apple Store ini di hujani komen Negatif daripada pengguna. Komen mengenai Aplikasi ini juga diterima di laman Facebook Touch 'n Go.  Para Pengguna Aplikasi ini perlu menambah nilai ke dalam aplikasi terlebih dahulu dan seterusnya perlu ke mesin Touch 'n Go atau dikenali sebagai nama PUD terminal untuk memindahkan baki.

Kita sedia umum bahawa mesin PUD terminal di Malaysia masih sedikit dan hanya tempat tertentu sahaja yang ada. Berikutan daripada itu, pihak Touch 'N Go telah mengeluarkan pengumuman

Mengikut kenyataan pihak Touch 'N Go, pihak mereka akan mengeluarkan altenatif lain bagi memudahkan pengguna untuk menambah nilai kad Touch 'N Go. Syarikat tersebut berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna dari semasa ke semasa.

Selepas dari kejadian ini, di harap pihak Touch 'N Go dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada insiden ini untuk menjadi lebih baik. Pengguna Malaysia berharap sangat Aplikasi Touch 'N Go menjadi satu kemudahan yang memudahkan mereka. Di harap pihak Touch 'N Go dapat menambah baik Aplikasi ini dengan cepat.

No comments: