Breaking

Monday, 9 July 2018

Maklumat Pakej Postpaid GX50 U Mobile


Baru ini U mobile telah memperkenalkan pakej  terbaru mereka iaitu GX30 untuk Prabayar dan GX50 untuk Pascabayar. Pakej yang memang di nantikan oleh pengguna selepas Webe (Nama Baru Unifi) memperkenalkan sebelum ini.

Baca : Pakej Pelan Unlimited Dari U Mobile

Jadi untuk ketahui lebih jelas mengenai Pakej yang di tawarkan, saya telah bertukar ke U Mobile untuk merasai pakej GX50 Pascabayar. Dalam iklan hanya menyatakan “Unlimited Data & Call”, tapi bagaimana dengan sms? Jadi saya bagi korang lihat lebih dekat.


Untuk bertukar, saya membuat permohonan melalui internet melalui laman web UMobile. Sangat mudah dan senang, hanya 2 hari sahaja sim telah sampi kerumah.

Setelah mengaktifkan simcard, saya semak lebih apa yang dikatakan unlimited. Menariknya Unlimited termasuk Data dan Panggilan kesemua rangkaian. Manakala Sms di kenakan cas mengikut rate yang ditetapkan tetapi ianya tidak dinyatakan dalam iklan.  

Dan tidak menariknya perkongsian data adalah terhad pada 5GB sahaja. Kena faham lah, jika bagi Unlimited, mau nya tutup syarikat UMobile.

Carrier 4G tidak lah perlahan seperti Celcom walaupun hanya 2 bar. Begitu juga 3G, masih laju walaupun hanya 3 bar.

Bagi yang mahu bertukar, saya cadangkan periksa dahulu sama ada kawasan korang ada Carrier 4G/3G sebelum beralih.

Saya periksa Google Map Carrier U Mobile tidak meliputi seluruh tempat. Carrier 4G/3G bertompok dan tidak meliputi seluruh negara.

Sebelum bertukar, buat perbandingan supaya korang tidak menyesal di kemudian masa. Plan U Mobile yang di perkenalkan memang sangat mengguntungkan jika dimiliki.

No comments: