Breaking

Tuesday, 17 July 2018

Digi Bakal Memperkenalkan Pelan Internet Unlimeted

Sudah 2 syarikat Telekomunikasi telah menawarkan Internet tanpa had kepada pengguna. Walaupun tawaran adalah terhad, ianya kini menjadi pilihan pengguna Malaysia.

Sebelum ini Webe ( Nama sekarang Unifi) telah menawarkan pakej internet tanpa had. Kemudian di ikuti oleh U Mobile dengan plan berharga RM50 (Pascabayar).


Kini satu lagi syarikat telekomunikasi tidak ketinggalan untuk memperkenalkan pelan internet tanpa had iaitu DiGi. Pelan yang akan di umumkan nanti bulanan adalah RM38.

Digi Internet Unlimited RM38

Berita mengenainya telah timbul di Community Forum  di laman Web DiGi. Terdapat seorang pengguna telah memuat naik imej untuk bertanya mengenai pelan tersebut.

Maklumat mengenainya belum jelas lagi dari pihak DiGi. Sama - sama kita nantikan maklumat tersebut dari pihak DiGi sendiri.

Tinggal syarikat telekomunikasi terkenal iaitu Maxis dan Celcom Axiata yang belum lagi membuat sebarang pelan Internet Unlimited. Adakah mereka juga akan mengikut jejak langkah yang sama? Tunggu dan Lihat.

No comments: