Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, 27 June 2018

Pakej Pelan Unlimited Dari U Mobile

Untuk tempoh beberapa bulan kebelakangan ini kebanyakan syarikat telekomunikasi jarang menggumumkan pakej terbaru mereka untuk menarik pelanggan. Adakah ianya ada berkait dengan pilihanraya mahupun hari raya ataupun keadaan ekonomi namun segalanya bakal berubah dengan pengumuman terbaru dari U Mobile.
 
U Mobile telah mengumumkan kemaskini terbaru untuk pelan pascabayar dan prabayar yang sentiasa disukai golongan muda yang dipanggil Giler Unlimited. Dua Pelan ini membawakan kod nama yang sama, dipanggil GX malah jauh lebih rendah harganya berbanding pesaing lain, serendah RM 30 untuk GX30 prabayar dan RM 50 untuk GX50 pascabayar.


GX30 merupakan pelan prabayar terkini dari U Mobile dibawah jenama Giler Unlimited. Pada harga serendah RM30 untuk penggunaan selama 30 hari, pengguna akan menerima kuota data percuma tanpa had dan menariknya, tiada sebarang had atau waktu tertentu untuk menikmatinya seperti sebelum ini sekaligus memberikan lebih nilai untuk pengguna.



GX50 pula merupakan pelan pascabayar Giler Unlimited dimana pelanggan hanya perlu membayar RM50 sebulan bagi langganan mereka untuk menikmati kesemua tawaran yang sedia ada untuk GX30, ditambah dengan kuota panggilan tanpa had.

 
Untuk kedua-dua pelan ini juga, mereka bakal menerima kuota data penggunaan hotspot di kawasan tertentu. Bagi pelanggan prabayar GX30, kuota data hotspot adalah sebanyak 3GB manakala 5GB untuk pelanggan pelan pascabayar GX50.
 
Dengan kedua-dua penawaran terbaru ini, ia sekaligus memberikan lebih pilihan buat para pengguna dan bagi pengguna U Mobile, mereka tidak perlu lagi risau mengenai kuota data kerana pada zaman ini kuota data telahpun menjadi satu keperluan asasi seperti air dan elektrik.



 Pasti syarikat telekomunikasi lain akan berusaha untuk memberi pelan terbaik bagi mengelakan mereka kehilangan pelanggan yang pernah terjadi pada syarikat Telco Maxis. Pelan Unlimited internet dan panggilan sangat di nantikan di zaman sekarang. Tidak sabar hendak lihat pelan syarikat telekomunikasi yang lain.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages