Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, 12 April 2018

Berwaspada Dengan Iklan Postpaid Digi 38


Internet menjadi salah satu keperluan di zaman cyber ini. Di Malaysia syarikat Telco berlumba - lumba untuk memdapatkan pelanggan bagi menambah jumlah pengguna dan keuntungan syarikat.

Jika anda perasan, Syarikat telco memberi tawaran yang dapat menarik pelanggan. Cara menarik pelanggan dengan memberi ayat pendek tanpa jelas bagi menjerat pelanggan yang terdesak untuk mendapat pakej yang sedang ditawarkan.

Salah satu cara untuk menarik pelanggan yang terdesak dengan menawarkan pakej yang amat menarik dengan harga yang sukar bagi sesiapa untuk menolak tawaran tersebut. Salah satu iklan telco yang telah di ambil dari media sosial ialah Digi.


Jika dilihat tawaran iklan semurah ini dengan hanya memaparkan pakej Unlimited calls + 32GB Internet dengan harga RM38, pasti akan membuatkan pelanggan terdesak tertarik.

Dalam komen tersebut, ada yang sangat teruja dengan pakej dan harga yang ditawarkan. Mereka terus bertanya cara untuk beralih dari telco lain ke telco Digi. Pelanggan sedia ada pula, bertanya cara hendak bertukar ke pakej RM38.

Tetapi bagi yang bijak menilai, mereka akan komen dengan bertanya lebih mengenai pakej ini. Manakala yang pandai membuat perbandingan, mereka akan buka link yang di sertakan. Apa yang amat memeranjatkan, rupanya pakej ini ada udang di sebalik batu.


Pakej yang ditawarkan sangat berbeza seperti yang di fikirkan. 2GB internet setiap hari, 1GB internet dari masa 1pm hingga 7pm SAHAJA, Unlimited Call dan 300sms kesemua rangkaian. Pakej basic yang hampir sama dengan Telco lain cuma di bezakan iklan yang menggunakan ayat yang gempak.

Bagi anda yang ingin mencari pakej pospaid yang terbaik, buat bandingan dengan telco lain sebelum membuat keputusan. Jangan terburu-buru atau terdesak kerana setiap keputusan mempengaruhi perjalanan kewangan serta data anda.

Pendapat untuk pakej Digi ini adalah tidak berbaloi dan merugikan kewangan anda. Diharap pihak Digi tidak berkecil hati kerana saya hanya ingin membantu pengguna terdesak dan juga ianya baik untuk syarikat daripada dimaki hamun oleh pengguna yang tidak peka terhadap maklumat.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages