Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 25 March 2018

iPhone Boleh Lipat Dari Apple Pada Tahun 2020

iPhone Lipat
Ilutrasi iPhone Lipat

Jika anda masih ingat lagi, Samsung akan mengeluarkan smartphone skrin yang boleh dilipat di masa hadapan. Teknologi skrin boleh lipat masih dalam kajian sebelum di perkenalkan oleh pihak Samsung.

Baru ini, Apple telah menggumumkan untuk menghasilkan iPhone di mana skrin boleh dilipat. Idea smartphone boleh lipat merupakan idea teknologi masa hadapan berdasarkan kehendak pengguna yang akan berubah. Berdasarkan jangkaan yang dibuat, teknologi ini akan dikeluarkan dalam masa 2 tahun lagi iaitu tahun 2020. Ini kerana Apple baru sahaja melancarkan smartphone baru di pasaran iaitu iPhone X. Permintaan terhadap iPhone X yang kurang memberangsangkan menyebabkan Apple perlu menukar cara dengan meniru pesaingnya.

Apple di laporkan bakal mengumumkan model iPad terbaru dengan harga mampu milik pada acara Apple yang akan berlangsung pada 27 Mac 2018. Di harap apple dapat mengurangkan harga bagi produk Apple yang lain dalam acara tersebut.


Adakah dengan perubahan rekabentuk smartphone yang sedia ada ke pada boleh lipat dapat menarik minat pengguna ? Anda sebagai pengguna adakah ianya menarik ? Sama sama kita tunggu kemunculan teknologi ini.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages