Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, 30 March 2018

Apabila Pelajar Sekolah Di Benarkan Kahwin

Apakah situasi jika pelajar dibenarkan berkahwin dalam usia yang muda? Kemungkinan akan kekal lama atau tidak ? Ramai yang beranggapan bahawa perkahwinan seusia muda boleh kekal seperti ibubapa kita dahulu yang berkahwin se awal umur 13 Tahun.

Situasi ibubapa kita pada zaman masa tersebut adalah berbeza dengan sekarang. Dahulunya zaman ibubapa kita hidup berdikari seawal muda 7 tahun. Mencari rezeki dengan berkerja diladang, kedai makan dan seumpamanya. Hendak memiliki barangan perlu berusaha sendiri jika tidak, tidak dapatlah barangan yang di ingini.

Berbeza di zaman moden serba canggih, iaitu zaman kita yang sedang hadapi. Segalanya ibubapa telah sediakan sehinggakan mahu membeli sesuatu barangan hanya meminta tanpa berusaha dengan berkerja dengan kuat.

Lihat lah perbezaan zaman ini, jika kita masih mengajar anak seperti dahulu dengan berusaha maka perkahwinan se usia muda pasti akan kekal. Tapi, jika cara zaman moden pasti akan menjadi sebaliknya.

Anda perlu faham kenapa zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Bukan tidak membenarkan tetapi budak-budak zaman sekarang terlalu manja. Lihatlah sendiri bagaimana ibubapa sekarang mempertahankan anak mereka sehingga guru yang memberi didikan selalu dipersalahkan.

sumber dari akhbar tempatan

Ketahuilah anda yang bakal atau sedang menjadi ibubapa, bahawa perkahwinan ini bukan satu permainan kahwin-kahwin. Ianya melibatkan masa depan anak dimana ianya akan membentuk masa depan keluarga dan negara. Lihatlah bertapa ramai wanita yang menjanda, jika mempunyai anak, apakah masa depan anak tersebut. Fikir-Fikirkan

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages