This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

31 March 2018

Soalan Sejarah SPM Paling Sukar

Bagi yang hendak mengambil peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), Saya dengan baik hati berkongsi soalan sejarah yang mencabar dan paling sukar untuk di jawab.

Anda yang membaca ini juga dipersilakan juga menjawab soalan ini. Anggapkan ianya satu ujian minda.



1. Siapakah yang membuka Melaka?
a. Param
b. Parameswari
c. Paramugari Terlampau
d. Parameswara
e. Parang Kontot

2. Pada tahun 1771, seorang penjelajah Inggeris telah tiba di sebuah kawasan yang dikenali sebagai New Hebrides, siapakah dia?
a. Kapten Hook
b. Kapten Crook
c. Kapten Cook
d. Kapten Cool
e. Kapten Boleh

3. Siapakah yang pernah menjadi pemerintah Sarawak?
a. Brooke Shields
b. James Beruk
c. James Bond
d. Sapok Biki
e. James Brooke

4. Siapakah yang membuka Pulau Pinang?
a. Torch Light
b. Traffic Light
c. Francisca Peters
d. Light and Easy
e. Francis Light

5. Salah seorang pahlawan melayu terbilang?
a. Tuk Janggut
b. Tuk Misai
c. Tuk Sideburn
d. Tuk Misai A Galak
e. Tuk Bulu Hidung

6. Pahlawan Melayu di Pahang?
a. Mat Kilau
b. Mat Silau
c. M Daud Kilau
d. Mat Sentul
e. Mat Rempit

7. Siapakah Residen Inggeris di Negeri Perak yang dibunuh oleh Datuk
Maharajalela?
a. Jawa Jerongos
b. J.W.W Birch
c. Jay Jay
d. J.W.Marriot
e. Jawa Rangers

8. Negara manakah yang menjajah Tanah Melayu selepas Portugis?
a. Ayam Belanda
b. Bela Anda
c. Blender
d. Belanda
e. Blunder

9. Apakah antara hantaran yang diminta Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka?
a. 7 dulang hati nyamuk
b. 7 dulang tongkeng ayam
c. 7 dulang tahi hidung
d. 7 dulang tahi lalat
e. 7 dulang gigi arnab

10. Siapakah puteri Pahang yang mencintai Hang Tuah?
a. Tun Mahathir
b. Tan Tin Tun
c. Tun Tak Tahu Eja
d. Tun Teja
e. Arnold Susahanakeja

11. Siapakah puteri Negeri China yang berkahwin dengan Sultan Melaka?
a. Puteri Hang Li Po
b. Puteri Kepala ***** Hang!
c. Puteri Opah Hang!
d. Puteri Hang Go Poh
e. Puteri Hang Cing

12. Ikan apakah yang melanggar Singapura?
a. Ikan Bilis
b. Ikan Masin
c. Ikan Kembung Masak Asam
d. Ikan kekek mak iloi-iloi
e. Ikan Todak

13. Siapakah Ketua Kominis Malaya?
a. CIMB Bank
b. Chin Peng
c. Soh Chin Aun
d. Chim Pan Zee
e. Chin Chau

Sangat mencabar mindakan. Diharap anda tidak buta sejarah negara Malaysia walaupun selepas habis berlajar di peringkat tinggi. Tanpa ada sejarah siapalah kita dan juga Negara Malaysia.

30 March 2018

Apabila Pelajar Sekolah Di Benarkan Kahwin

Apakah situasi jika pelajar dibenarkan berkahwin dalam usia yang muda? Kemungkinan akan kekal lama atau tidak ? Ramai yang beranggapan bahawa perkahwinan seusia muda boleh kekal seperti ibubapa kita dahulu yang berkahwin se awal umur 13 Tahun.

Situasi ibubapa kita pada zaman masa tersebut adalah berbeza dengan sekarang. Dahulunya zaman ibubapa kita hidup berdikari seawal muda 7 tahun. Mencari rezeki dengan berkerja diladang, kedai makan dan seumpamanya. Hendak memiliki barangan perlu berusaha sendiri jika tidak, tidak dapatlah barangan yang di ingini.

Berbeza di zaman moden serba canggih, iaitu zaman kita yang sedang hadapi. Segalanya ibubapa telah sediakan sehinggakan mahu membeli sesuatu barangan hanya meminta tanpa berusaha dengan berkerja dengan kuat.

Lihat lah perbezaan zaman ini, jika kita masih mengajar anak seperti dahulu dengan berusaha maka perkahwinan se usia muda pasti akan kekal. Tapi, jika cara zaman moden pasti akan menjadi sebaliknya.

Anda perlu faham kenapa zaman sekarang adalah berbeza dari zaman dahulu. Bukan tidak membenarkan tetapi budak-budak zaman sekarang terlalu manja. Lihatlah sendiri bagaimana ibubapa sekarang mempertahankan anak mereka sehingga guru yang memberi didikan selalu dipersalahkan.

sumber dari akhbar tempatan

Ketahuilah anda yang bakal atau sedang menjadi ibubapa, bahawa perkahwinan ini bukan satu permainan kahwin-kahwin. Ianya melibatkan masa depan anak dimana ianya akan membentuk masa depan keluarga dan negara. Lihatlah bertapa ramai wanita yang menjanda, jika mempunyai anak, apakah masa depan anak tersebut. Fikir-Fikirkan

29 March 2018

Rokok Asap Pelangi

Tengah melayari alam dunia maya saya terlihat rekabentuk rokok yang menarik perhatian untuk di tekan. Apa yang menariknya ialah gambar yang memaparkan rokok yang dibaluti pelbagai corak yang berwarna.


Rokok balutan warna warni

Saya sangkakan ianya hanyalah kreativiti artis lukisan untuk membuatkan rokok kelihatan menarik untuk pameran lukisan dan arca. Rupanya bukan. Ianya adalah rokok Pelangi yang mengeluarkan asap berwarna warni yang berbagai warna. Ianya amat berainan sekali dengan rokok yang ada di dalam pasaran.

Perokok yang menghisap rokok Pelangi akan menghembuskan asap berwarna warni seakan pelangi. Nampak unik dan kreatif sungguh manusia yang mencipta rokok pelangi. Rokok sebelum ini hanya mengeluarkan asap putih dan kurang menarik.

Menurut cerita rokok pelangi popular di pasaran Indonesia. Tetapi harganya dalam rp80,000 dan nama rokok ini di Indonesia Sobraine Cocktail . Di negara kita Malaysia rokok pelangi telah berada di dalam pasaran tetapi ianya di bawa secara tidak sah.

Menurut cerita dari perokok, hendak mencari rokok pelangi agak sukar sedikit kerana penjual rokok pelangi akan menjualnya kepada orang tertentu sahaja bagi mengelak kantoi dengan penguatkuasa. Harga untuk rokok pelangi di Malaysia belum diketahui lagi.

Kehadiran rokok pelangi di Malaysia boleh menyebabkan peningkatan perokok di kalangan kanak-kanak dan juga wanita. Di harap rokok ini di haramkan atau kalau boleh jangan di viral atau di paparkan di kaca televisyen.






Setelah di siasat dengan teliti, rupaya asap ini hanyalah image grafik untuk mendapatkan image menarik pada asap yang dihembus oleh perokok. Jadi asap warna - warni dari asap rokok adalah palsu semata-mata. Jauhilah daripada menghisap rokok kerana ianya tidak baik untuk kesihatan diri dan juga orang disekeliling anda.

25 March 2018

iPhone Boleh Lipat Dari Apple Pada Tahun 2020

iPhone Lipat
Ilutrasi iPhone Lipat

Jika anda masih ingat lagi, Samsung akan mengeluarkan smartphone skrin yang boleh dilipat di masa hadapan. Teknologi skrin boleh lipat masih dalam kajian sebelum di perkenalkan oleh pihak Samsung.

Baru ini, Apple telah menggumumkan untuk menghasilkan iPhone di mana skrin boleh dilipat. Idea smartphone boleh lipat merupakan idea teknologi masa hadapan berdasarkan kehendak pengguna yang akan berubah. Berdasarkan jangkaan yang dibuat, teknologi ini akan dikeluarkan dalam masa 2 tahun lagi iaitu tahun 2020. Ini kerana Apple baru sahaja melancarkan smartphone baru di pasaran iaitu iPhone X. Permintaan terhadap iPhone X yang kurang memberangsangkan menyebabkan Apple perlu menukar cara dengan meniru pesaingnya.

Apple di laporkan bakal mengumumkan model iPad terbaru dengan harga mampu milik pada acara Apple yang akan berlangsung pada 27 Mac 2018. Di harap apple dapat mengurangkan harga bagi produk Apple yang lain dalam acara tersebut.


Adakah dengan perubahan rekabentuk smartphone yang sedia ada ke pada boleh lipat dapat menarik minat pengguna ? Anda sebagai pengguna adakah ianya menarik ? Sama sama kita tunggu kemunculan teknologi ini.