This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

23 November 2018

PROTON SUV X70

Model SUV dari Proton yang tidak perlu lagi saya perkenalkan. Sebabnya korang sudah tahu mengenainya.

Proton dengan kerjasama Geely akan melancarkan SUV X70 pada 12 December 2018 berdasarkan Khabar angin yang kencang. Sebelum ini khabar angin kencang memberitahu mereka akan melancarkan pada bulan Oktober 2018 tetapi sunyi sepi. Kemudian, bulan November 2018 khabarnya tetapi sunyi sepi juga. Kini Bulan December 2018, adakah benar?


Ramai menantikan harga Proton Geely SUV X70 bagi memastikan harganya boleh dimiliki. Proton Geely SUV X70 di import dari China untuk permulaan dan selebihnya akan dipasang di Malaysia.

Proton X70 ini akan menggunakan enjin 1.8L TGDi (Turbo Gasoline Direct Injection). Unit ini mampu menghasilkan sebanyak 135 kW (181 hp) pada 5,500 rpm kuasa manakala tork pula sebanyak 285 Nm dari 1,700 rpm hingga 4,400 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j pula boleh dicapai dalam masa 10.5 saat.

Terdapat dua sistem pacuan yang adakan ditawarkan; 2WD (tiga varian) dan AWD (satu varian). Penggunaan minyak bagi model 2WD disifatkan mampu memberikan 7.8 liter bagi setiap 100 km, manakala penggunaan minyak bagi model AWD masih beluh dimaklumkan.

Teknologi multimedia juga menjadi antara yang menarik dalam penawarannya. X70 antara lain turut dilengkapi dengan pengantar keseluruhan sistem multimedia bersepadu melalui sebuah head unit dengan TFT 8-inci skrin sentuh (resolusi 1,280 x 720) yang hadir bersama sistem GKUI – yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian. Buat masa sekarang, ia beroperasi menggunakan platform Android terlebih dahulu sebelum dilanjutkan kepada Apple CarPlay nanti.

Lain-lain kelengkapan termasuk lima ciri yang diketengahkan pada laman utama skrin unit ini; Voice Command, GPS, Music, Phone dan juga System Settings. Untuk menggunakan head unit berkenaan, ia sama sahaja dengan cara kita menggunakan skrin sentuh pada telefon – leretkan ke kanan atau ke kiri untuk melihat aplikasi yang ada.

Selain itu, model ini juga akan didatangkan dengan kelengkapan keselamatan yang mengkagumkan; antaranya dengan ciri AEB dan juga ACC. Perlu juga dinyatakan, X70 sudah pun menjalani ujian panarafan untuk ASEAN NCAP, dan hasilnya membanggakan, dengan penilaian lima-bintang bagi keselamatan penumpang.







































Perodua SUV ARUS

Perodua selama ini bermain teka teki mengenai kenderaan SUV mereka akhirnya terjawab. Pihak Perodua mungkin akan melancarkan produk terbaru mereka berasaskan SUV 7 tempat duduk.


Perodua SUV dinamakan Arus seperti khabar angin. Khabarnya Perodua akan melancarkan sama ada dalam tahun ini atau tahun hadapan. Jika tahun ini mungkin terlewat serta terdapat saingan dari model Proton X70 walaupun berbeza Segmen.

Ianya menjangka akan dijana menggunakan enjin petrol 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i yang juga digunakan oleh Toyota Rush, Toyota Avanza dan juga Perodua Myvi. 

Baca JugaModel Toyota Rush

Seperti yang kita ketahui bahawa Toyota Rush di buat di kilang Perodua. SUV milik Perodua mungkin tidak sama dari segi dalaman kerana Perodua akan menjual dengan harga mampu milik. Ia tidaklah semewah seperti  Toyota Rush.

Baca Juga : 7 Masalah Perodua Arus

Korang boleh intai model terbaru Perodua dan Proton di KLIMS ( KL International Motor Show ) selain dari itu korang boleh lihat model lain dari pelbagai jenama disana. 

Baca Juga - Perodua Arus Bagus Ke







Creadit : Funtasticko / Careta.my

20 October 2018

Model SUV Terbaru Toyota Rush

Toyota telah melancarkan kenderaan SUV terbaru dengan 7 tempat duduk. Kenderaan terbaru Toyota di namakan sebagai Toyota Rush.

Jika korang masih ingat lagi sebelum ini Toyota Rush dikeluarkan dalam bentuk  4WD. Kenderaan 4WD ini tidak bertahan lama dalam pasaran.

Toyota Rush yang di lancarkan kelihatan garang dan gagah.













Untuk maklumat boleh layari laman web toyota untuk ketahui lebih lanjut.

Adakah ini akan menjadi model untuk SUV Perodua?

13 October 2018

Perlu ke Insurans Dalam Kehidupan

Eh! Saya bukan hendak jual insurans, sekadar berkongsi cerita mengenai Insurans. Baru ini pejabat saya ada buat hari kesihatan dan keselamatan.

Kebetulan pula ada ceramah mengenai apa itu insurans. Bukan hendak jual rupanya hanya penerangan mengenai Insurans sahaja.


Permulaan ceramah, sudah memberi amaran bahawa ceramah beliau akan menyebabkan pendengar mengambil insuran atau menambah insuran atau langsung tidak mengambil insuran.

Sebelum saya pergi jauh apa kata korang faham dulu apa maksud insurans.

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti korang, atau sebuah organisasi, seperti syarikat korang, kepada syarikat insurans. Korang atau syarikat korang akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada korang dalam bentuk premium dan sekiranya korang mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada korang.

Syarikat Insuran Di Malaysia - sumber dari IJN

Setakat ini harap korang fahamlah maksud insurans. Saya akan bawa korang pergi ke bahagian berikut iaitu jenis insurans. Insurans yang biasa ada dan pernah korang dengar ialah
  • Insurans Kenderaan
  • Insurans Rumah
  • Insurans Diri atau kelurga
  • Insurans Harta
Saya tidak perlu terangkan pasal setiap insurans diatas kerana korang sudah sedia maklum mengenai insurans yang saya nyatakan itu. Setiap insurans mempunyai perlindungan berbeza berdasarkan polisi yang ditawarkan.


Setiap insurans tidak meliputi semua yang di lindungi. Saya ambil contoh insurans kereta, ianya hanya melindungi kereta korang dari kerosakan akibat kemalangan. Tetapi insurans tersebut tidak melindungi pemandu untuk perubatan akibat kemalangan dan tidak melindungi kereta korang akibat dari bencana alam.

Insurans yang hendak korang ambil bukan insurans pelaburan kerana insuran pelaburan tidak menjanjikan pulangan yang diberitahu oleh ejen insurans. Jika korang nak melabur silalah melabur dalam perlaburan yang di iktiraf seperti ASB, ASN, Saham dan Lain lagi.

Korang kena faham, insurans yang di bayar tidak mungkin akan dapat kembalikan duit yang dibayar bulan - bulan kerana insurans yang dibayar adalah untuk melindungi jika ditimpa masalah dimasa mendatang.

Persoalanya sekarang 'Perlu Ke Insurans Dalam Kehidupan?' Jawapan Tersebut korang akan dapat bila korang baca lagi perkongsian berikutnya.

Kenapa saya tidak bagi tahu sekarang!? Padahal tajuk artical ini adalah persoalan yang perlu saya jawab.

Tetapi saya seakan tidak mahu memberi jawapan. Kerana perkongsian yang saya buat ini untuk korang sendiri yang akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran korang.

12 September 2018

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Baru- baru ini saya menukar Themes baru untuk Blogspot saya. Selepas tukar, agak sedih sedikit kerana tiada ruang colum pada bawah Header atau Logo di Themes saya. Agak kemurungan sikit kerana Themes yang saya guna ini agak senang sikit.

Jadi saya tanya pada en Google, akhirnya saya terjumpa laman blog Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot. Begitu senang untuk menambah Colum pada themes sendiri. Saya kongsikan kepada korang caranya.

Cara Tambah Colum Baru Pada Layout Blogspot

Apa yang korang perlu tahu ialah dimana korang ingin tambahkan colum tersebut. Saya tambah pada bawah logo bagi tujuan letak iklan jenis Header.

Macam mana tambah Colum itu seperti gambar dibawah, Gambar sebelum dan selepas saya buat untuk blog saya.

Gambar sebelum ada Colum


Gambar selepas ada Colum

Korang boleh edit pada Themes > Edit HTML dan cari mana korang hendak letak. Saya letak pada Header atau bawah logo Contoh saya perlu pergi di edit HTML Ctrl + F cari code

</header>

Copy code di bawah pada bawah code diatas. Kemudian save.. Selesai

<div id='columbaru-wrapper'>
<b:section class='columbaru' id='kolumbaru' preferred='yes'/>
</div>

Harap korang fahamlah caranya. Korang boleh letak dimana - mana sahaja untuk tambah colum baru nie. Biar lah letak pada bahagian memang tiada colum tersebut. Colum banyak sangat boleh menyusahkan diri korang sendiri juga nanti. Pastikan perlu sahaja baru letak. Fikirkan...


11 September 2018

Nuffnang Semakin Di Lupakan

Pada seketika dahulu, Nuffnang adalah pengiklanan paling popular dikalangan Blogger Malaysia. kalau kita lihat ada sahaja blogger yang meletakan iklan tersebut di blog mereka. Blogger terkenal pun letak iklan Nuffnang serta ada cerita dapat pendapatan melalui iklan Nuffnang.

Tapi itu dulu lah, Apa saya lihat sekarang ramai telah beralih pada medium pengiklanan baru iaitu Google Adsense. Peralihan blogger Malaysia selepas Google Adsense selepas Adsense menerima Publisher berbahasa malayu dari Malaysia.

Baca Juga :  Mengenai Nuffnang Star Rating




Google Adsense mula menjadi pilihan laman web dan blogger kerana nilai pembayaran atau pendapatan menggunakan nilai mata wang USD. Cuba korang bayangkan jika USD 1 nilai pertukaran bersamaan dengan RM4.15 (11 september 2018) bukan banyak ke.

Tetapi jika hendak keluarkan sekurangnya perlu ada USD 10 baru boleh dikeluarkan. Walaupun setengah blogger menganggap ianya hanyalah bonus sahaja berlain pula dengan blogger lain yang memerlukan wang untuk beroperasi.

Meletak iklan Nuffnang bagi blogger merugikandi sebabkan income makin sukar diperolehi tidak seperti sebelum ini. Kita perlu tahu syarikat pengiklanan bukan selalunya senang mendapat syarikat untuk mengiklanan produk mereka.

Lebih lagi dengan pesaing utama mereka dari luar negara iaitu Adsense dan Facebook yang mempunyai pelanggan yang ramai.

Apakah akan terjadi dengan nuffnang dimasa hadapan? Adakah akan menjadi seperti syarikat syarikat pengiklanan digital lain yang telah lama berkubur? Fikir-fikirkan.

04 September 2018

Perodua Alza Facelift

Nampaknya Perodua telah menaik taraf kenderaan MPV Alza. Walaupun kita tahu Perodua sepatutnya melancarkan SUV compact yang di war-war kan sebelum ini.

Perodua baru ini telah meletak iklan poster sambutan Kemerdekaan dengan memaparkan MPV Alza Facelift. Nampak menarik bila dilihat dalam poster tersebut.


Jika korang lihat Perodua Alza Facelift bahagian depan seperti Myvi biru model lama. Sudah seakan seperti versi Myvi Advance MPV.

Apa yang menarik tentang berwajah baharu ini?
  • Varian AV dan SE akan mendapat wajah baharu yang lebih segar, dengan perubahan ketara pada jeriji, bampar depan dan belakang, skirt sisi serta kemasan di bawah cermin belakang kombinasi warna hitam dan krom.
  • Varian S pula masih kekal dengan rupa model sedia ada.
  • Kemasan monotona berwarna hitam pada papan pemuka untuk semua varian.
  • Balutan tempat duduk untuk varian S dan SE menggunakan fabrik berwarna gelap. Untuk varian AV pula akan mendapat sarung tempat duduk berwarna hitam dengan kemasan jalur merah.
  • Rekabentuk konsol tengah papan pemuka diberi rekaan baharu dengan kombinasi warna hitam dan krom (seperti model Myvi).
  • Kelompok meter juga diberi sentuhan rekaan serba baharu.
  • Sistem penghawa dingin Alza facelift 2018 telah dipertingkatkan untuk memberikan penumpang tempat duduk baris ketiga rasa lebih dingin dan nyaman. Ini merupakan pembaharuan yang paling dinantikan pada model MPV kompak tersebut.
  • Varian AV akan mendapat sistem multimedia dengan skrin sentuh rekabentuk baharu yang berfungsi sebagai sistem navigasi dan Smart Link untuk peranti Android. Skrin ini juga berfungsi sebagai paparan kamera undur.
  • Varian AV juga dilengkapi dengan monitor pada bahagian bumbung untuk penumpang belakang.
  • Alza facelift 2018 akan mempunyai lima pilihan warna – Electric Blue (metalik), Mystical Purple (metalik), Glittering Silver (metalik), Ivory White (solid) dan warna baharu Granite Grey (metalik) khusus untuk varian AV dan SE sahaja.
  • Dari segi keselamatan Alza facelift 2018 dilengkapi dengan dua beg udara untuk penumpang hadapan, Isofix, Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA). Ini sekaligus melayakkannya untuk menerima penarafan 4-Bintang dari ASEAN NCAP.
Perodua memberi bayangan bahawa ini adalah naik taraf terakhir untuk Perodua Alza. Mungkinkah ianya akan digantikan dengan model terbaru iaitu SUV jenis 7 tempat duduk? Perodua penuh dengan rahsia dan lebih pandang kehadapan.

Apa sahaja yang perodua lakukan pasti dapat menarik minat pembeli Malaysia. Kecil-kecil cili api, walaupun kecil cili api rasa pedas sukar ditandingi kepedasan.



30 August 2018

KTMB Komuter Akan Ke Arah Nirtunai

Korang yang menaiki pengangkutan awam KTMB Komuter, di sini ada sedikit penguguman dari pihak KTMB.


KTMB Komuter dikatakan akan menamatkan sokongan penggunaan token sebagai tiket tidak lama lagi. Penguguman ini di kongsikan di laman sosial mereka. KTMB Komuter dikatakan akan beralih kepada sistem kad Touch n`Go. Pengguna pengangkutan Awam ini juga boleh menggunakan MyKad untuk membayar tambang KTMB Komuter.


KTMB Komuter belum lagi memberi kata putus bila tarikh perlaksanaan penggunaan kad Touch n`Go/MyKad sebagai tiket tambang komuter.

Setiap perubahan pasti ada kebaikan dan keburukan penggunaan sistem kad Touch n`Go.
Sebelum perlaksanaan pastikan pelancong asing diberi tiket pakej atau tiket tertentu. Manakala warga asing diberi pilihan lain untuk tiket.

Bagi saya sendiri tiada masalah untuk menggunakan kad TnG ini. Cuma diharapkan mesin tambah nilai diperbanyak di tempat yang memerlukan serta beroperasi 24 jam 7 hari seminggu.

Sudahkah pengguna perkhidmatan awam ini bersedia untuk perubahan? FIKIRkan.


07 August 2018

Logo Hari Kebangsaan 2018

Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan bagi rakyat Malaysia. Untuk mencapai kemerdekaan, rakyat terdahulu banyak mengharungi perbagai cabaran.

31 Ogos 1957 adalah tarikh keramat bagi rakyat Malaysia mendapat Kemedekaan Negara. Selepas memilih kerajaan baru pada tahun ini, rakyat Malaysia menjadi perhatian dunia, di mana menukar kerajaan secara demokrasi secara aman dengan pilihan raya yang di adakan.

Semperna Hari kemerdekaan/kebangsaan, Logo & Moto yang menarik telah dihasilkan. Hasilnya berkaitan rakyat menyayangi Malaysia.

Saya kongsikan dengan anda logo serta maksudnya dan Moto Hari Kebangsaan.

Logo Kebangsaan Malaysia 2018

Maksud Logo Kebangsaan Malaysia 2018

Maksud Logo Kebangsaan Malaysia 2018
Negara Malaysia terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan agama. Bersatu dalam sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA.

Berbangalah kita terhadap negara sendiri. Tidak kira berbilang bangsa dan kaum, mahu pun berbilang agama dan perbezaan politik.

MALAYSIA adalah negara aman makmur, Sayangilah Malaysia ku. Selamat Hari Kebangsaan.

19 July 2018

Jawatan Kosong Pelbagai Sektor Untuk Di Isi

Kepada korang yang belum dapat kerja dan mencari kerja, boleh lihat gambar dibawah. Terdapat beberapa syarikat sedang mencari pekerja.

Jangan Lepaskan peluang untuk mencuba.

Felda Jawatan Kosong
Tabung Haji Jawatan Kosong


KTMB Jawatan Kosong
Layari laman Web ejobskini untuk mendapat maklumat lanjut.

Tarikh tutup semakin hampir, ambil tindakan pantas. Selamat Berjaya.

18 July 2018

Kerja Kosong Pembaca Jangka Di Syarikat Tenaga Nasional

Bagi yang sedang mencari kerja, sebuah syarikat utiliti iaitu Tenaga Nasional Berhad sedang mencari pekerja jangka Meter kontrak.


Logo Tenaga Nasional
Date: 18-Jul-2018
Location: 0, MY
Company: Tenaga Nasional Berhad
Tarikh Tutup Iklan
29 Julai 2018


Jawatan
Pembaca Jangka (Kontrak)


Butiran Jawatan
Gaji Pokok :
RM1,050.00 sebulan
 
Tempoh Kontrak :
Keperluan sementara untuk tempoh 12 bulan.


Syarat & Kelayakan
Warganegara Malaysia.
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV), dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia dan lulus dalam mata pelajaran berikut :
 
1 Bahasa Inggeris
2 Matematik
 
Pemohon yang mempunyai Diploma dari Politeknik tempatan dan universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang berkaitan dan sijil-sijil kemahiran Malaysia (SKM) adalah merupakan satu kelebihan.
Mempunyai tahap kesihatan yang baik dengan BMI (Body Mass Index) tidak melebihi 30 serta tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Memiliki lesen memandu B2 dan mempunyai kenderaan bermotor sendiri.(Lesen L tidak layak)
Tidak rabun warna.
Berumur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
Berkebolehan menggunakan aplikasi komputer.
Boleh bekerja dalam satu pasukan dan mempunyai tahap komunikasi yang baik.
Hanya terhad kepada calon lelaki sahaja.
Sanggup untuk ditempatkan di mana-mana negeri di Semenanjung Malaysia.


Reporting To
Meter Reader Examiner
Billing/ Revenue Management/ Customer Service


Mission (Sources of Values)
To maximize revenue, minimize losses and increase competencies by having  an Efficient , Effective & Optimum  Reading & Billing management through Functional & Centralize Organizational Design  with the advance usage of  Technology & Mobile system.


Accountability & Responsibility
Perform reading for Ordinary Power Consumer (OPC.
Perform reading for Change of Tenancy  (COT) and Special Reading are requested by counter
Perform reading for RE account.
Report for unmetered account.
Render the station bill by request.
Report unorganized MRU and walking order (MRO)
Report on irregularities (IR) on meter reading at site.
Inform the Tariff change to MRE.
Participate Daily Review Meeting (DRM) daily


Authority
Review the reading & billing strategy
Review accuracy of meter reading
Sign-off on prompt billing program and action plan


KPIs
Efficient and Prompt Billing
Accuracy of meter reading
Reduce customer complaints


End Products
Billing done in timely manners
Accurate meter reading
Reduce cost to serve to customer
Compliance to audit requirement
Efficient processes


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan iklan ini atau pengemaskinian rekod dalam sistem sila hubungi :-
03-22966720
03-22966430

Sila maklum bahawa sebarang permohonan tanpa melalui ‘link’ di atas atau permohonan secara manual (borang) tidak akan dilayan.

Semoga inya bermanfaat untuk korang.


17 July 2018

Digi Bakal Memperkenalkan Pelan Internet Unlimeted

Sudah 2 syarikat Telekomunikasi telah menawarkan Internet tanpa had kepada pengguna. Walaupun tawaran adalah terhad, ianya kini menjadi pilihan pengguna Malaysia.

Sebelum ini Webe ( Nama sekarang Unifi) telah menawarkan pakej internet tanpa had. Kemudian di ikuti oleh U Mobile dengan plan berharga RM50 (Pascabayar).


Kini satu lagi syarikat telekomunikasi tidak ketinggalan untuk memperkenalkan pelan internet tanpa had iaitu DiGi. Pelan yang akan di umumkan nanti bulanan adalah RM38.

Digi Internet Unlimited RM38

Berita mengenainya telah timbul di Community Forum  di laman Web DiGi. Terdapat seorang pengguna telah memuat naik imej untuk bertanya mengenai pelan tersebut.

Maklumat mengenainya belum jelas lagi dari pihak DiGi. Sama - sama kita nantikan maklumat tersebut dari pihak DiGi sendiri.

Tinggal syarikat telekomunikasi terkenal iaitu Maxis dan Celcom Axiata yang belum lagi membuat sebarang pelan Internet Unlimited. Adakah mereka juga akan mengikut jejak langkah yang sama? Tunggu dan Lihat.