Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, 3 December 2017

Slot Automatik AFC Champions League 2019 / 2020 Sah Milik Malaysia

Slot Automatik AFC Champions League 2019 / 2020 Sah Milik Malaysia | Berita baik buat peminat bola sepak Malaysia. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru sahaja mengemaskini kedudukan terbaru AFC MA Ranking pada bulan November 2017 semalam.

Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan ke 7 di peringkat asia timur apabila Hong Kong gagal memintas kedudukan dengan perbezaan 0.2649 Mata.



Ini bermakna Malaysia akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 1 slot kelayakan pusingan ke 2 dalam saingan AFC Champions League 2019 / 2020. Juara Liga Super 2018 akan layak secara merit ke kejohanan AFC Champions League 2019 manakala juara Piala FA akan menerima slot kelayakan pusingan ke 2.

Dengan penerimaan slot automatik, Malaysia tidak perlu lagi bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup Mulai Tahun 2019. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak AFC, mana - mana MA yang menerima sekurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup.



Tapi sebelum itu,  Pasukan Liga Super perlu ada lesen AFC jika mahu beraksi dalam AFC Champions League. Pasukan yang bersungguh untuk maju ke hadapan hanyalah JDT (Pasukan Dari Johor), Pahang, Selangor dan PKNS FC yang telah di sahkan lulus dalam perlesenan AFC.

Sejak dapat Presiden baru FAM, TMJ (Tengku Mahkota Johor) telah membuat 1 kejayaan untuk kelab beraksi di tahan antarabangsa. Pendedahan dalam kelab perlu bagi membiasakan pemain mendapat pendedahan kehebatan pemain Asia di peringkat kelab sebelum membawa pasukan Malaysia ke antarabangsa.

Semoga Presiden FAM membantu mengubah Pasukan Malaysia menjadi juara Asia dan Dunia suatu hari nanti. Saya menantikan pemain yang mempunyai semangat bermain untuk Malaysia bukan untuk popular dan wang semata. Fikirkan bersama.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages