Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 4 December 2017

Perodua Alza 2018 Baru

Perodua Alza 2018 Baru | Cerita kenderaan Perodua Myvi masih hangat diperkatakan di kalangan pengguna dan juga dalam laman sosial. Setelah di lancarkan, Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan rakyat Malaysia.

Dikalangan orang muda memang rekaan Myvi menepati citarasa disebabkan rekaan yang sporty dan boleh dikatakan mungkin mampu miliki. Kenapa saya katakan "mungkin mampu miliki". Kebanyakan remaja mampu membeli tetapi mungkin tidak mampu untuk mendapatkan kerana hutang belajar yang perlu dibayar dahulu.

Ada beberapa cerita kurang menarik mengenai Myvi yang kita ketahui tetapi sebaiknya kita selidik dulu sama ada benar atau tidak. Pengeluaran Myvi dari Perodua bukan bermakna tiada lagi yang terbaru dari Perodua.

Baca Juga : Perodua Alza Facelift

Seperti yang CEO Perodua ceritakan, Mereka sentiasa perlu berubah untuk menepati citerasa pengguna Malaysia yang sentisa berubah mengikut arus perdana. Belum di pastikan apakah kenderaan baru yang bakal dikeluarkan lagi oleh Perodua.

Menurut khabar angin dari peminat kereta, Perodua bakal mengeluarkan kenderaan SUV dan MPV rekaan baru. Lihat gambar. Menurut Khabar angin terbaru mereka akan mengeluarkan MPV Alza 2018. Betul ke anda rasa.


Rekaan MPV ini menyerupai Toyota Verso milik toyota. Walaupun Toyota adalah pemegang saham terbesar Perodua, tidak semestinya toyota akan suap sepenuhnya. Ini kerana Perodua mempunyai syarikat RnD sendiri yang bekerja sama dengan Daihatsu.

Sama ada betul atau tidak kita tunggu sahaja berita dari pihak Perodua sendiri. Proton juga nampaknya juga rasa tercabar dengan adik mereka ini. Dengar cerita juga Proton akan membuat kejutan dengan mengeluarkan kenderaan terbang. (WOW) Sama-sama kita sabar menanti.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages