This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

16 December 2017

Model SUV Perodua Terbaru

Model SUV Perodua Terbaru | Sekarang dekat laman sosial sibuk bercerita mengenai kenderaan baru yang bakal di keluarkan oleh pengeluar kenderaan tempatan Perodua ( Daihatsu dan Toyota [Japan]) dan Proton (Geely [China]).  Pelbagai cerita mengenai kenderaan baru yang akan dikeluarkan.

Nampaknya, pasaran jualan bagi kenderaan tempatan mendapat sambutan yang baik dikalangan Rakyat Malaysia. Menjadi tumpuan sekarang adalah kenderaan SUV pertama Perodua yang bakal dikeluarkan oleh perodua.

Kenderaan SUV yang bakal dikeluarkan berdasarkan Model dari Toyota. Tetapi belum dapat dipastikan rekaan sebenar SUV tersebut. Gambar yang terdapat dilaman sosial dikatakan adalah gambar grafik dari sebuah laman sosial. (Rujuk Gambar Dibawah)

Khabarnya, Model terbaru SUV Perodua mempunyai 7 tempat duduk dan bahagian lain belum dapat dipastikan. Adakah model SUV ini akan menggantikan Model MPV Alza? Adakah Khabar angin Model MPV Alza Baru mungkin tiada? SUV ini di khabarkan akan di lancarkan pada Tahun 2018, sama ada pertengahan tahun atau hampir hujung tahun.

Jika di amati, Strategi Perodua tidak akan memusnahkan produk terbaru mereka iaitu MYVI 2018 yang baru sahaja dilancar sebelum ini. Jadi kita tunggu sahaja gambar bocor dari pengamal media siber (yang dibayar Perodua untuk Promosi sebelum pelancaran) untuk kenderaan sebenar SUV Perodua.




Cara Memohon Iklan Adsense

Cara Memohon Iklan Adsense | Kalau anda lihat sekarang mana - mana blog dan website sekarang telah beralih ke iklan Adsense Google. Iklan Nuffnang yang popular di kalangan Blogger Malaysia suatu ketika mula berkurangan kerana ramai telah beralih ke Adsense.

Kenapa ramai mula beralih ? Pendapat saya mungkin disebabkan bayaran yang diberi dalam nilai USD. Bila di tukar USD1 = RM4.046 (kadar pertukaran sentiasa Berubah) menjadikan ianya semakin di minati pengguna Blogger dan Website untuk mendapat sedikit kewangan.

Saya tidak mahu cerita lagi mengenai Iklan pilihan pengguna laman web. Saya akan kongsikan pada artical lain. Hari ini saya hendak kongsi dengan anda cara untuk Memohon Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube.

Google Adsense New Logos


Pemohonan bagi meletak Adsense untuk Adsense bagi Website, Blogger, Wordpress dan Youtube hampir sama. Tidak banyak perbezaan yang ada untuk memohan iklan Adsense.

Syarat untuk memohon Iklan Adsense :

1. Sebelum anda mendaftar, Pastikan Website, Blogger, Wordpress dan akaun Youtube anda aktif sekurangnya 6 bulan untuk mendapat approved dari pihak Adsense Google.

2. Pastikan anda berumur 18 tahun ke atas untuk memohon Adsense seperti yang di syaratkan oleh Adsense.

3. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube tiada unsur jenayah yang menyalahi undang-undang negara dan dunia. Ini bertujuan bagi mengelakkan pihak Adsense tidak di labelkan sebagai penyokong jenayah.

4. Website, Blogger, Wordpress dan Youtube adalah milik anda dan bukannya pihak ketiga. Tujuan bagi mengelakkan salah guna untuk mengaut keuntungan dari hasil aktiviti fraud click.


Cara Pertama :

Pastikan anda mempunyai akaun Email dari google iaitu gmail. Kalau tiada sila-silakan daftar dahulu. - Daftar Email Gmail

kenapa tidak boleh guna akaun Email lain? Kenapa Gmail?. Sebenarnya boleh guna akaun Email lain cuma ianya akan merumitkan keadaan jika polisi Google Adsense tiba berubah.

Jika Menggunakan Email dari Google iaitu Gmail, proses tidak akan rumit serta sukar untuk wujud permasalahan di hari mendatang.

Cara Kedua :

Setelah mempunyai Akaun Email anda boleh daftar Adsense dengan pelbagai cara.

1. Jika anda ada blog dari blog pihak google, anda hanya tekan pada Earning. Anda secara automatik akan ke laman web adsense.

2. Anda boleh daftar ke laman web Adsense dan isi maklumat yang diperlukan. Cara ini untuk yang mempunyai blog Wordpress dan Laman Web sendiri.

Berikutnya, ikut turutan yang diminta termasuk meletak web anda dalam adsense bagi ,membolehkan pihak google menyemak kandungan  blog atau Laman web anda.

Pastikan Laman web atau Blog memenuhi syarat yang ditetapkan, jika tidak akaun adsense anda akan diblock dan disenarai hitam oleh pihak google adsense.

11 December 2017

LAZADA Buat Promosi Kaw - Kaw

LAZADA Buat Promosi Kaw - Kaw | Esok tarikh yang paling ditunggu - tunggu kerana menarik bagi yang mahu keistimewaan dalam hidup iaitu 12/12/2017. Mungkin esok pelbagai manusia akan mengunakan tarikh tersebut untuk membuat sesuatu yang istimewa.

Bagi anda yang tidak tahu apa hendak dilakukan, apa kata anda layari web atau aplikasi LAZADA. LAZADA akan membuat jualan murah dari 12/12/2017 sehingga 14/12/2017. Barang yang Lazada akan jual semurah dari RM1.


Mungkin anda ada barang yang hendak dibeli sebelum ini tetapi mahal, tapi dengan jualan murah dari LAZADA mungkin anda boleh mendapat barangan tersebut dengan harga yang murah. Manalah tahu..

Tapi sebelum itu pastikan anda ada wang yang cukup untuk membeli. Mana tidaknya, jualan ini dekat pertengahan bulan, paham-paham aja lah kedudukan kewangan sendiri. bagi Saya sebelum membeli, saya akan pastikan barang yang dibeli adalah penting supaya ianya tidak menjadi pembaziran.

Pada 12/12, selain Lazada ada lagi jualan Online yang menjual dengan harga yang murah. Jadi sebagai pengguna atau pembeli, bijaklah berbelanja dengan membeli barang dengan harga yang munasabah.

10 December 2017

Instant Transfer Tiada Dikenakan Cas

Instant Transfer Tiada Dikenakan Cas | Paling tidak digemari oleh sesiapa sahaja termasuk saya adalah cas yang dikenakan jika melakukan “Instant Transfer” sebanyak RM0.50 dan GST RM 0.03. Sudahlah dikenakan cas dikenakan lagi cukai. Cas yang dikenakan jika berlaku perpindahan wang di antara bank ke bank lain.

Bank Negara akhirnya akan memansuhkan cas sebanyak 50sen untuk tujuan permindahan segera bermula 1 Julai 2018. Bermakna tiada lagi cas yang akan dikenakan selepas ini oleh mana-mana bank di Malaysia.

Instant Transfer Free


Permindahan ini hanya terhad pada jumlah RM5,000 dan ke bawah sahaja yang tidak dikenakan cas 50 sen. Jika lebih akan dikenakan cas yang ditetapkan pihak bank. Langkah yang dilakukan pihak Bank Negara bertujuan supaya menggalakkan pembayaran elektronik.

Ianya juga bagi meningkankan penggunaan e-dagang dan arena kewangan digital berkembang dengan lebih pesat. Pada tahun 2018, akan menyaksikan berlaku peningkatan dompet digital yang wujud bakal diperkenalkan oleh pelbagai pihak untuk transaksi e-tunai.

Dengan ini, kita perlu bersedia untuk menggunakan kewangan digital tanpa menggunakan wang tunai sebelum ini. Kita juga perlu meningkatkan langkah keselamatan bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah siber yang bakal meningkat. Semakin Maju Semakin Mencabar.

07 December 2017

Nasib Pekerja Media Prima Berhad

Nasib Pekerja Media Prima Berhad MEDIA Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Media Prima beberapa bulan lalu melaksanakan skim pemisahan sukarela melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.

Tawaran terbaru ini dimaklumkan kepada kakitangannya pada satu taklimat di ibu pejabat Media Prima di Bandar Utama, Kuala Lumpur semalam.

Mereka diberikan dua pilihan sukarela: cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji, atau kerja setengah bulan dengan separuh gaji.

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight tawaran itu dibuka kepada kakitangan yang berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun. Rehat sementara itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2018.

Sumber juga memberitahu The Malaysian Insight, pada sesi taklimat semalam, pihak pengurusan Media Prima turut menjelaskan cabaran media baharu terhadap media tradisional.


Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat. – Gambar mediaprima.com, 7 Disember, 2017.
Mereka menggesa kakitangan untuk bersama-sama dengan syarikat dalam pelan transformasi untuk mengharungi era Internet.

"Pengurusan syarikat dari awal taklimat lagi memberitahu bahawa industri sudah berubah dan banyak syarikat sekarang mengambil langkah ini. Media Prima juga mesti membuat perubahan strategik."

Konglomerat itu mencatatkan kerugian bersih RM171 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding untung bersih RM45.16 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ini berikutan pulangan rendah daripada iklan televisyen dan akhbar. Media Prima juga mencatatkan kerugian bersih RM101.08 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Media Prima, pada Mei lepas melalui anak syarikat milik penuhnya, Media Prima Digital Sdn Bhd, mengambil alih 100% kepentingan dalam Rev Asia Holdings Sdn Bhd pada nilai RM105 juta.

Rev Asia ketika itu memiliki penerbitan digital pelbagai bahasa termasuk OhBulan!, Says, Viral Cham, Rojaklah, Juice, 8Share, MyResipi, KongsiResipi dan SirapLimau.

Konglomerat media ini, pada 2014, melaksanakan skim pemisahan bersama. Ia melibatkan antaranya eksekutif kanan, penyampai berita dan penyampai radio.

Media Prima memiliki empat stesen televisyen: TV3, ntv7, 8TV dan TV9; akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta stesen radio Hot FM, Kool FM, Fly FM, One FM dan stesen radio berbahasa Melayu, Hot FM dan Kool FM. – 7 Disember, 2017. - Sumber TheMalaysian insight

Selalu keluar berita kata ekonomi tiada masalah, alih-alih syarikat sendiri pun sudah goyang. Syarikat yang mahu berIklan sekarang telah beralih kepada media digital seperti youtube, google Adsense dan laman sosial.

Lepas ini bersedia untuk dijual kepada syarikat China seperti syarikat lain. Mari kita kayakan Negara China. Fikir sebelum terjadi.

06 December 2017

Kerja Kosong Di Tenaga Nasional Berhad

Kerja Kosong Di Tenaga Nasional Berhad | Kepada sesiapa yang masih mencari perkerjaan, sebuah syarikat GLC iaitu TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah membuka kerja kosong KONTRAK bagi sesiapa yang minat.

Anda boleh melayari laman web kerjaya di TNB di https://emadis.tnb.com.my . Anda boleh melihat kerja kosong yang ditawarkan TNB untuk anda isi.


Pastikan kerja yang anda minta mesti memenuhi syarat kelayakan yang diminta. Kepada Yang mahu memohon baca syarat kelayakan, jangan buang masa isi jika anda tidak memenuhi syarat. Saya kongsikan beberapa syarat kerja yang di lampirkan untuk bacaan anda.




Tarikh Tutup adalah 17 December 2017. Lawan Web Emadis TNB adalah laman web untuk sesiapa yang ingin bekerja dalam TNB. Segala kerja kosong yang di buka perlu dipohon dalam laman web ini dan tidak menggunakan borang manual lagi seperti yang saya tahu.

Cara  Memohon bagi yang baru Pertama kali :

Tekan pada Pendaftaran Baru >>> Isi segala maklumat (macam resume tue). Anda perlu juga attach Document, sijil yang ada dalam pendaftaraan.

Bagi Yang pernah isi Pendaftaraan Sebelum ini, Hanya Perlu Log In menggunakan i/c (kad pengenalan) dan Password anda. Kalau anda lupa tekan je lupa password.

Diharap apa yang saya kongsikan sedikit dapat membantu anda. Ada masalah anda boleh tanya sendiri dengan tekan bahagian ruang bawah tu.

04 December 2017

Perodua Alza 2018 Baru

Perodua Alza 2018 Baru | Cerita kenderaan Perodua Myvi masih hangat diperkatakan di kalangan pengguna dan juga dalam laman sosial. Setelah di lancarkan, Perodua Myvi mendapat sambutan yang sangat baik dikalangan rakyat Malaysia.

Dikalangan orang muda memang rekaan Myvi menepati citarasa disebabkan rekaan yang sporty dan boleh dikatakan mungkin mampu miliki. Kenapa saya katakan "mungkin mampu miliki". Kebanyakan remaja mampu membeli tetapi mungkin tidak mampu untuk mendapatkan kerana hutang belajar yang perlu dibayar dahulu.

Ada beberapa cerita kurang menarik mengenai Myvi yang kita ketahui tetapi sebaiknya kita selidik dulu sama ada benar atau tidak. Pengeluaran Myvi dari Perodua bukan bermakna tiada lagi yang terbaru dari Perodua.

Baca Juga : Perodua Alza Facelift

Seperti yang CEO Perodua ceritakan, Mereka sentiasa perlu berubah untuk menepati citerasa pengguna Malaysia yang sentisa berubah mengikut arus perdana. Belum di pastikan apakah kenderaan baru yang bakal dikeluarkan lagi oleh Perodua.

Menurut khabar angin dari peminat kereta, Perodua bakal mengeluarkan kenderaan SUV dan MPV rekaan baru. Lihat gambar. Menurut Khabar angin terbaru mereka akan mengeluarkan MPV Alza 2018. Betul ke anda rasa.


Rekaan MPV ini menyerupai Toyota Verso milik toyota. Walaupun Toyota adalah pemegang saham terbesar Perodua, tidak semestinya toyota akan suap sepenuhnya. Ini kerana Perodua mempunyai syarikat RnD sendiri yang bekerja sama dengan Daihatsu.

Sama ada betul atau tidak kita tunggu sahaja berita dari pihak Perodua sendiri. Proton juga nampaknya juga rasa tercabar dengan adik mereka ini. Dengar cerita juga Proton akan membuat kejutan dengan mengeluarkan kenderaan terbang. (WOW) Sama-sama kita sabar menanti.

03 December 2017

Slot Automatik AFC Champions League 2019 / 2020 Sah Milik Malaysia

Slot Automatik AFC Champions League 2019 / 2020 Sah Milik Malaysia | Berita baik buat peminat bola sepak Malaysia. Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) baru sahaja mengemaskini kedudukan terbaru AFC MA Ranking pada bulan November 2017 semalam.

Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan ke 7 di peringkat asia timur apabila Hong Kong gagal memintas kedudukan dengan perbezaan 0.2649 Mata.



Ini bermakna Malaysia akan menerima 1 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 1 slot kelayakan pusingan ke 2 dalam saingan AFC Champions League 2019 / 2020. Juara Liga Super 2018 akan layak secara merit ke kejohanan AFC Champions League 2019 manakala juara Piala FA akan menerima slot kelayakan pusingan ke 2.

Dengan penerimaan slot automatik, Malaysia tidak perlu lagi bertanding dalam saingan kelas kedua, AFC Cup Mulai Tahun 2019. Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak AFC, mana - mana MA yang menerima sekurangnya 1 slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League tidak akan beraksi dalam saingan AFC Cup.



Tapi sebelum itu,  Pasukan Liga Super perlu ada lesen AFC jika mahu beraksi dalam AFC Champions League. Pasukan yang bersungguh untuk maju ke hadapan hanyalah JDT (Pasukan Dari Johor), Pahang, Selangor dan PKNS FC yang telah di sahkan lulus dalam perlesenan AFC.

Sejak dapat Presiden baru FAM, TMJ (Tengku Mahkota Johor) telah membuat 1 kejayaan untuk kelab beraksi di tahan antarabangsa. Pendedahan dalam kelab perlu bagi membiasakan pemain mendapat pendedahan kehebatan pemain Asia di peringkat kelab sebelum membawa pasukan Malaysia ke antarabangsa.

Semoga Presiden FAM membantu mengubah Pasukan Malaysia menjadi juara Asia dan Dunia suatu hari nanti. Saya menantikan pemain yang mempunyai semangat bermain untuk Malaysia bukan untuk popular dan wang semata. Fikirkan bersama.

02 December 2017

Perodua Myvi 2018 Baby Shark Doo Doo Doo

Perodua Myvi 2018 Baby Shark Do Do Do | Anda sudah cuba Myvi 2108 baru? Macam mana rasanya bila test Drive Myvi baru ini? Kalau belum boleh cubanya di pusat jualan berhampiran. Myvi baru sedap juga di pandu dan berbeza dengan myvi sebelum ini lebih lagi ketinggian Myvi baru ini kurang dari Myvi sebelum ini.

Kalau anda hendak lihat bentuk Myvi boleh Google untuk melihatnya. Saya agak tertarik dengan Iklan Myvi yang saya ambil dari laman Sosial. Anda boleh lihat sendiri  Gambar Iklan Perodua Myvi yang saya sediakan.

Myvi 2018 Baby Shark! Doo Doo Doo

Agaknya ini memang pihak Perodua buat atau di edit oleh pengguna Laman Sosial. Boleh tahan juga orang kita buat lawak. Sebelum ini Proton telah buat Promosi kenderaan dengan sindiran Humor terhadap Myvi. Baca juga - Proton Iris Berpantun Kepada Perodua Myvi

Semakin kreatif Sales kenderaan untuk menarik minat pembeli dan provokasi pihak lain. Saya nampak Perodua semakin berubah mengikut peredaran pasaran begitu juga Proton. Semoga kedua-dua kenderaan ini mampu gemilang di dalam dan di Luar Negara. Fikir-Fikirkan.

01 December 2017

Nasib O Bike Di Malaysia

Nasib O Bike Di Malaysia | Siapa pernah gunakan O-Bike? O-Bike digunakan bagi memudahkan kita menggunakan basikal untuk bergerak dengan santai di bandar atau pekan dengan cepat dari berjalan kaki.

Tapi apa yang terjadi adalah sikap segelintir rakyat yang tidak menggunakan dan menjaga basikal dengan elok. Lihat sendiri apa yang terjadi dengan kemudahan ini.

















Anda rasalah, mentaliti segelintir rakyat kita ini memang ada masalah agaknya. Cakap berapi macam bagus tapi bila dah diberi kemudahan dibuat seperti sampah.

Sedih bila dilihat, gambar ini di ambil dari lama sosial. Jika bila fikirkan ini sebenarnya kerja budak dan remaja yang suka buat masalah. Jika orang dewasa pasti boleh berfikir secara rasional. Tapikan bila difikirkan balik, zaman sekarang sama ada orang dewasa atau remaja  sama sahaja. Fikir fikirkan..