Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, 27 November 2017

Nama Proton Mungkin Akan Ditukar

Nama Proton Mungkin Akan Ditukar | Siapa yang guna kenderaan jenama Proton baik mengaku!!! Jangan risau, saya cuma hendak tahu sahaja.

Saya kagum orang yang pakai kenderaan proton. Sangat tabah dan sokong barang Buatan Malaysia. Bagi yang tidak guna tu, mungkin anda salah seorang seperti saya. 

Apa yang seperti saya?!! Pinjaman untuk memiliki kenderaan Proton tidak lulus. Gaji saya memang ok kalau tidak mana mungkin saya boleh memiliki kenderaan jenama luar. 

Saya hendak kongsi sedikit berita yang disorok dari kaca televisyen. Mengenai Proton yang baru di ambil alih. Berita ini di ambil dari Sumber FMT

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) baru Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrung dilapor mencadangkan penukaran nama Proton dalam bahasa Cina kepada nama “Bao Teng”.

Katanya ketika berucap dalam persidangan usahawan Malaysia-China ke 7 semalam, orang China sudah biasa menterjemah Proton menjadi “Bao Teng” tetapi rakyat Malaysia menggelarnya “Pu Teng”.

Katanya, “Bao” bermaksud khazanah atau harta benda manakala “Pu” membawa maksud biasa.



Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan sebanyak 49.9 peratus sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), sebuah syarikat gergasi automotif negara China yang sebelum ini telah mengambil alih Volvo dari Sweden.

Penjualan saham itu sekaligus membolehkan Geely menguasai kepentingan sebanyak 51 peratus saham pembuat kereta Britain, Lotus melalui Proton dalam urus niaga bernilai RM277.85 juta, manakala baki 49 peratus lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.




Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Li Chunrong berkata, syarikat itu akan memperkenalkan 3 model kereta canggih di pasaran Malaysia.

Beliau dipetik China Press berkata, Proton akan melancarkan kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan kereta terbang yang pertama pada 2019.

Katanya, selain model Boyue, syarikat itu akan menaik taraf dan mengubah suai 8 model sedia ada dalam usaha meningkatkan daya saing Proton.

Katanya, selaku lambang negara yang turut mewakili tamadun perindustrian Malaysia, Proton ialah kebanggaan rakyat Malaysia dan mempunyai sejarah gemilang khasnya pengambilalihan Lotus pada 1996.

Li berkata, bahagian pasaran Proton sehingga bulan lalu sudah stabil di tahap 13%, lebih baik berbanding tahun lalu.

Pada 24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini mengambil alih Volvo dari Sweden.

Urus niaga itu juga membolehkan Geely memiliki kepentingan 51% dalam pembuat kereta Britain, Lotus daripada Proton pada harga £51 juta (RM277.85 juta), manakala baki 49% lagi menjadi milik Etika Automotive Sdn Bhd.

Proton yang ditubuhkan pada 1983, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Nama Proton bakal ditukar atau tidak, kita tunggulah kesahihan berita ini. Mungkin lepas ini mungkin akan guna pulak pekerja mereka sendiri dari China. Ianya seperti yang terjadi pada Edra Power Plant (anak syarikat 1MDB) dimana rata-rata pekerja adalah datang dari China.


Manakala rakyat tempatan menjadi pekerja menunggu dibuang bila ada peluang. Fikirkan dahululah nasib anda selepas ini.

No comments:

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages